HomeUtamaWarga emas ditahan bantu siasatan kes rogol

Warga emas ditahan bantu siasatan kes rogol

Read Time:57 Second

TAWAU: Seorang warga emas berusia 66 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes disyaki merogol seorang orang kurang upaya (OKU).

Suspek warga tempatan itu diberkas dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sebuah kampung di daerah ini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

“Seorang pengadu membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh anak angkatnya bahawa mangsa mengalami kesakitan pada tubuh badan. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan sebelum pemeriksaan doktor mendapati mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol.

“Mangsa juga merupakan seorang OKU yang menghidap gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan hasil siasatan, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau menjalankan operasi sebelum berjaya menahan suspek.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan, antaranya sehelai kemeja-T berkolar, sehelai seluar jeans, topi dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menghormati privasi mangsa dan keluarganya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kampung Angkat MADANI KPDN dilancar di Kampung Sekalong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular