HomePolitikMasuk Dan Keluar Parti Lumrah Dalam Politik - Anifah Aman

Masuk Dan Keluar Parti Lumrah Dalam Politik – Anifah Aman

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Panglima Anifah Aman menerima maklum berhubung tindakan beberapa pimpinan tertinggi parti itu keluar hari ini dan menganggap perkara tersebut sebagai ‘lumrah politik’. 

Anifah mendedahkan tindakan segelintir pemimpin-pemimpin tersebut keluar parti berkemungkinan disebabkan khuatir tidak terpilih lagi untuk menjawat jawatan penting parti apabila terdapat rombakan di dalam PCS yang dijadualkan berlaku pada tempoh terdekat. 

Jelasnya lagi, setakat ini, terdapat desakan daripada akar umbi untuk membuat rombakan parti bagi memantapkan hala tuju PCS memperjuangkan naratif rakyat Sabah. 

“Sebagai ahli politik yang matang, kita tidak boleh halang mereka untuk meninggalkan parti dan adalah hak mereka untuk membawa haluan masing-masing di kancah politik negara.

“Namun, saya juga tegaskan di sini, PCS tetap berdiri utuh dalam terus memperjuangkan hak-hak Sabah terutamanya berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak rakyat negeri Sabah. 

” Saya juga dengan itu, turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan semoga jaya kepada mereka walaupun berlainan platform nanti, saya berharap usaha memperjuangkan hak rakyat Sabah akan terus diutamakan,” katanya. 

Laporan media hari ini melaporkan beberapa pemimpin tertinggi PCS bertindak keluar parti dengan di antaranya Datuk Ewon Ebin (Naib Presiden), Amru Abdul Kadir (Naib Presiden),Datuk Kalakau Untol (AJK Tertinggi) dan beberapa lagi pemimpin lain. 

Untuk rekod, kebanyakkan pemimpin PCS yang bertindak keluar pada hari ini adalah terdiri daripada mereka yang bertanding dan hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN) Sabah dahulu dan sebelumnya. 

Terdahulu, menurut sumber dalaman parti, mereka yang terlibat (keluar parti) berkemungkinan ‘goyang’ dengan perkhabaran baharu tersebut sehingga mengambil keputusan berkenaan.

Sementara itu, Anifah dalam masa yang sama menyangkal beberapa dakwaan mengatakan PCS bakal berkubur dalam arena politik tempatan susulan isu berkenaan, sebaliknya, beliau menambah parti itu kian utuh dan semakin diterima oleh setiap rakyat di negeri Sabah. 

Mengulas mengenai RUU MA63 Anifah berkata, pihaknya  kekal dengan momentum sedia ada sehinggakan pihak Kerajaan Persekutuan telah mengambil kira suara rakyat Sabah dan terbaru, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 diluluskan di Parlimen.

“Perjuangan saya terhadap hak Sabah tidak pernah putus sejak dari saya pernah menjawat Menteri Kanan di Persekutuan hinggalah ke status pembangkang.

“Kita juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Berkenaan Isu Kegagalan Pematuhan Dalam Konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) MA63”, Akta MA63, Perlembagaan Persekutuan dan laporan serta dokumen lain pada tahun 2016, yang saya ambil kira telah membuahkan hasil pada masa kini, “katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular