HomeSukanSUKMA XXII : Marvell lengkapkan tiga koleksi pingat

SUKMA XXII : Marvell lengkapkan tiga koleksi pingat

Read Time:1 Minute, 32 Second

SUBANG JAYA: Gimnas kebangsaan Sabah, Marvell Vincent Voo, melengkapkan koleksi tiga pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor selepas menyumbangkan emas, perak dan gangsa dalam saingan gimnastik artistik.

Atlet berusia 18 tahun dari Tamparuli itu mencipta kemuncak kejohanan apabila meraih pingat emas dalam acara Floor Exercise lelaki pada hari kedua terakhir pertandingan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi.

Marvell mengumpul 13.050 mata, jumlah yang sama dengan wakil Kelantan, Nor Adam Haziq, namun berjaya menduduki kedudukan teratas untuk membawa pulang emas.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik wakil Pulau Pinang, Chew You Wei, yang mencatat 12.475 mata.

Tidak berhenti di situ, Marvell turut meraih pingat perak dalam acara Pommel Horse dengan catatan 11.775 mata.

Emas acara berkenaan dimenangi gimnas Pulau Pinang, Anson Tan, yang mengumpul 12.225 mata, manakala Mann Chong Ming dari Selangor meraih gangsa dengan 11.575 mata.

Pingat ketiga Marvell hadir menerusi acara berpasukan lelaki, apabila dia bersama rakan sepasukan Sabah meraih gangsa pada Khamis.

Kejayaan tiga pingat itu sekali gus menjadikan Marvell antara penyumbang utama kepada kempen Sabah dalam gimnastik artistik, selain membantu kontinjen negeri itu mencapai sasaran satu pingat emas yang ditetapkan bagi acara berkenaan.

Ketua jurulatih Sabah, Liew Tong Ee, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan dan berkata pihaknya masih mempunyai peluang untuk menambah koleksi pingat pada hari terakhir pertandingan.

“Kami amat gembira kerana berjaya memenangi pingat emas dan mencapai sasaran kami pada Sukma kali ini.

“Pertandingan akan memasuki hari terakhir esok (Ahad) dan masih ada satu lagi peluang untuk kami memenangi pingat,” katanya.

Selain Marvell, anggota pasukan Sabah dalam acara berpasukan lelaki ialah Addison Chang Sui Xin, Benny Angelloti Luise, Evan Emmanuel Walter, Leevan Savahi Moosom dan Lucas Immanuel Rijoh.

Dengan tiga pingat sudah berada dalam genggamannya, Marvell kini menjadi antara sandaran utama Sabah untuk menutup kempen gimnastik artistik Sukma dengan pencapaian lebih cemerlang.

RELATED ARTICLES
Sukan

SUKMA XXII : Kem pelayaran Sabah tepati sasaran, bawa pulang dua...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular