HomeSukanLiga Super : Sabah FC perlu perbaiki benteng pertahanan – Garrido

Liga Super : Sabah FC perlu perbaiki benteng pertahanan – Garrido

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC perlu segera memperbaiki kelemahan benteng pertahanan sekiranya mahu kembali mencatat keputusan positif dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengendalinya, Juan Torres Garrido berkata, aspek pertahanan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian selepas pasukan itu dibolosi empat gol ketika tewas 2-4 kepada Selangor FC di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Beliau mengakui pasukannya terlalu mudah melepaskan jaringan, terutama ketika berdepan situasi berbahaya di dalam kotak penalti yang sepatutnya dapat dikawal dengan lebih baik.

Katanya, kelemahan itu perlu diperbaiki secara berpasukan dan bukan hanya meletakkan kesalahan kepada mana-mana pemain tertentu.

“Kita bolos terlalu mudah ketika menentang pasukan yang anda tidak boleh bolos dengan begitu mudah. Kemudian kita menjaringkan dua gol tetapi tidak menang atau tidak mendapat mata.

“Itu bermakna kita perlu memperbaiki bahagian pertahanan yang saya lihat agak lemah dan longgar,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Sabah terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Vitor Pernambuco pada minit keenam sebelum Selangor menggandakan kelebihan pada minit ke-51.

Bagaimanapun, Sang Badak bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi dua jaringan pada minit ke-60 dan ke-70.

Namun, Selangor kembali mendahului seminit kemudian sebelum melengkapkan kemenangan menerusi jaringan keempat pada minit ke-89.

Mengulas prestasi keseluruhan pasukan, Garrido berkata, beliau melihat peningkatan dalam corak permainan Sabah berbanding tiga perlawanan terdahulu sepanjang tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan itu belum mencukupi untuk membantu pasukan meraih keputusan yang diharapkan apabila kelemahan di bahagian pertahanan masih belum dapat diatasi.

Kekalahan itu menyaksikan Sabah merekodkan empat kekalahan daripada lapan perlawanan Liga Super setakat ini, selain tiga kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengumpul 10 mata di tangga kelima carta liga.

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super : Kebangkitan Sabah FC tidak cukup sekat kemenangan Selangor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular