HomeUtamaEmpat Premis Dikenakan Kompaun, Gagal Letak Tanda Harga Merah Jambu

Empat Premis Dikenakan Kompaun, Gagal Letak Tanda Harga Merah Jambu

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak empat buah premis dikenakan kompaun RM400 selepas gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga kawalan terkawal sepanjang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dilaksanakan di negeri ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, sebanyak 4,277 premis telah diperiksa di seluruh Sabah sepanjang tempoh pelaksanaan SHMKM yang bermula Jumaat lalu sehingga 4 Februari depan.

“Sehingga semalam, empat premis telah dikenakan kompaun berjumlah RM400 kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambubagi barangan harga terkawal dengan nilai rampasan RM267.08.

“SHMKM ini dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie Abas

Georgie berkata, skim itu juga adalah bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran dan merupakan komitmen utama kerajaan untuk menangani peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Katanya, para peniaga dinasihatkan supaya menjalankan perniagaan secara beretika dan mematuhi SHMKM 2022 dengan tidak menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan.

“Peniaga seterusnya diingatkan juga agar mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barang kawalan SHMKM, mempamerkan penandaan harga yang jelas, mempastikan bekalan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna di samping terus mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Sabah yang sedang berkuatkuasa.

“Pengguna pula dinasihatkan agar menggunakan hak sebagai pengguna dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

“Para pengguna hendaklah sedar tentang kepentingan berbelanja secara berhemah dan tidak perlu membeli secara berlebihan,” katanya.

Tambahnya, pengguna boleh melaporkan kepada KPDNHEP jika ada peniaga yang menjual lebih daripada harga kawalan atau menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.

Katanya, selain daripada itu, pengguna juga turut diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN negeri Sabah yang sedang berkuat kuasa.

“Semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual dinasihatkan dan diberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah SHMKM 2022.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalty,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular