HomeIsu tempatanLKIM Sabah Laksana Pendaftaran Bantuan e-Nelayan

LKIM Sabah Laksana Pendaftaran Bantuan e-Nelayan

Read Time:1 Minute, 26 Second

BELURAN : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah melaksanakan program pendaftaran e-Nelayan untuk Subsidi Minyak dan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada para nelayan di Pulau Jambongan disini.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Beluran di Pentas Rakyat Pejabat Daerah Kecil Paitan.

Pengarah LKIM Sabah Sundralingam a/l Nagaiah berkata, program yang dilaksanakan selama dua hari bermula Rabu lalu itu adalah bagi memastikan nelayan di pulau berkenaan tidak tercicir dari mendapat bantuan yang disediakan kerajaan.

Katanya, pendaftaran itu dilaksanakan oleh LKIM Sabah yang merupakan salah sebuah agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Objektif program ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran bantuan Subsidi Minyak dan Elaun Sara Hidup Nelayan di Pulau Jambongan yang tidak dapat turun ke pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran.

“Program pendaftaran tersebut tidak dapat dilaksanakan di Pulau Jambongan berikutan ketiadaan jaringan internet di pulau berkenaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Pada hari pertama pelaksanaan program itu pada Rabu lalu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Samad Jambri hadir bagi meninjau pelaksanaan program tersebut bagi mewakili Menteri MAFI yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Hadir sama, Pegawai LKIM Wilayah II Sandakan Hasbie Mokti.

Sundralingam berkata, pada program itu, seramai 77 nelayan di Pulau Jambongan hadir untuk mendaftar Subsidi Minyak dan Elaun Sara Hidup Nelayan..

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 75 nelayan berjaya didaftarkan untuk mendapat subsidi minyak dan seramai 60 nelayan berjaya didaftarkan untuk menerima elaun sara hidup RM300 sebulan.

“Saya menyarankan agar nelayan di negeri ini untuk mendapatkan lesen bot dan lesen perikanan agar mudah didaftarkan untuk menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Untuk keseluruhan nelayan di Kawasan Beluran yang sudah layak menerima subsidi minyak adalah 410 orang dan seramai 603 orang layak menerima bantuan elaun sara hidup.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular