HomeLuar negaraMalaysia zahir Dukacita dengan perkembangan di Ukraine

Malaysia zahir Dukacita dengan perkembangan di Ukraine

Read Time:1 Minute, 15 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan rasa dukacita dengan perkembangan berlaku di Ukraine, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Perdana Menteri berharap satu jalan penyelesaian damai yang terbaik antara Ukraine dan Russia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tercetus antara kedua-dua negara berkenaan.

Keutamaan kerajaan pada masa ini kata beliau, adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, yang mana 12 orang sudah pulang ke tanah air manakala 11 lagi masih di sana.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia,” katanya.

Presiden Russia, Vladimir Putin, awal hari ini mengumumkan ‘operasi tentera’ sudah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletakkan senjata serta menyerah.

Putin, dalam perutusan khas melalui televisyen, mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan global sejak kebelakangan ini supaya jangan melakukannya.

Sementara Kementerian Luar Ukraine pula mendakwa Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran terhadap negara itu dan menyasarkan beberapa bandar dengan serangan senjata, termasuk letupan.

Menterinya, Dmytro Kuleba berkata, negara itu akhirnya memilih jalan untuk menyerang Ukraine biarpun sudah pelbagai perkara dilakukan untuk mencegah situasi itu.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular