HomeIsu tempatanMasjid Disaran Lebih Proaktif Sepanjang PKP 3.0

Masjid Disaran Lebih Proaktif Sepanjang PKP 3.0

Read Time:2 Minute, 12 Second

15 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Pengurusan masjid di negara ini disarankan bertindak lebih proaktif membantu masyarakat yang amat terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga hujung bulan ini. 

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  ( YADIM ) Negeri Sabah Hj Samin Hj Ongki berkata dalam kenyataan medianya hari ini (15 Jun), masjid adalah satu sumber kekuatan umat yang belum digembeling sepenuhnya. 

“Memang benar kerajaan melalui jabatan atau agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat, agensi-agensi agama serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memainkan peranan tetapi ia belum mencukupi memandangkan bilangan yang terjejas sangat besar dan tempoh pandemik ini mengancam negara sudah kebih setahun lamanya. 

“Pengurusan masjid terutama masjid-masjid besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik sekurang-kurangnya boleh menyalurkan bantuan bakul makanan kepada ahli kariah terjejas. 

“Inilah masanya database ahli kariah sangat perlu ada di fail masjid”, katanya. 

Sasaran keutamaan bantuan adalah kepada asnaf, pesakit kronik, ibu tunggal miskin, anak yatim, Orang KUrang Upaya (OKU) dan mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan tetap. 

Samin berpandangan, banyak masjid telah cemerlang dari sudut peranannya sebagai Pusat Ibadah dan ilmu atau dakwah tapi belum banyak yang cemerlang dari sudut kebajikan komuniti. 

Jesteru itu, dengan mewujudkan Food Bank atau Tabung Makanan ia menjadi pemudahcara kepada ahli kariah yang berkemampuan menyalur sumbangan kepada ahli kariah yang kurang mampu apalagi yang sangat terjejas berikutan PKP 3.0 antara yang boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa Masjid. 


Masjid juga boleh bekerjasama dengan tokoh-tokoh koporat, syarikat, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk melaksanakan penyaluran sumbangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


“Inilah masa terbaik masjid membalas jasa para penginfaq yang selama ini menderma hingga ada masjid mampu menyimpan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit dalam akaun masjid,”tambahnya.

Samin turut mencadangkan Masjid besar dan berkemampuan membantu masjid-masjid kecil di kampung-kampung yang kurang mampu melaksanakan program-program Kebajikan dan kemasyarakatan. 


Samin optimis jika peranan institusi Masjid diperkasakan, kebergantungan kepada dana kerajaan yang semakin terhad  berikutan pandemik Covid-19 dapat dikurangkan dan masjid berupaya melengkapi usaha murni kerajaan serta NGO selama ini.

Pengerusi MPT Prof madya Dr Awang Setia Musleh (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Buskers Sabah Cyrill Aloysius.

Dalam perkembangan lain, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada ahli persatuan Sabah Buskers Community yang disampaikan oleh Pengerusi MPT Prof madya Dr Awang Setia Musleh.

Wakil menerima sumbangan tersebut iaitu Presiden Sabah Buskers Community, Cyrill Aloysius, yang mana ahli persatuan ini juga antara yang terjejas pendapatannya berikutan pandemik covid-19 ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular