HomePolitikGRS,BN Rakan Kerjasama Kerajaan Sabah

GRS,BN Rakan Kerjasama Kerajaan Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didaftarkan secara rasmi baru-baru ini melibatkan empat buah parti di Sabah diyakini mampu memberi kestabilan politik selain sejarah baharu dalam jajaran politik di negeri ini

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan itu turut diharap akan dapat memberi kepentingan, perpaduan dan kerjasama diantara parti yang ada di negeri ini.

Katanya, antara parti yang terlibat adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Dengan tertubuhnya atau terdaftarnya GRS ini, satu sejarah baharu bagi jajaran politik di Sabah kerana ianya menggabungkan empat buah parti iaitu Bersatu; PBS; STAR dan SAPP.

“Inilah yang ada dalam GRS. Kita berharap dengan gabungan ini, satu kestabilan politik Sabah akan dapat kita harapkan untuk kepentingan, perpaduan dan kerjasama dinatara parti yang ada di negeri ini sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penaja Parti GRS di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili; Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, parti GRS dijangka akan dilancarkan pada minggu akhir Mei depan.

“Justeru saya berharap dengan adanya gabungan ini, kita akan dapat mantapkan lagi kerjasama dan perpaduan diantara kita di Sabah demi untuk kebaikan dan pembangunan di Sabah pada masa akan datang.

“Kerjasama politik ini amat penting bagi kita menghadapi cabaran dimasa akan datang,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kerjasama antara parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), Hajiji berkata, UMNO dan BN merupakan rakan kerjasama dalam penubuhan kerajaan negeri GRS.

“Sekarang ini dalam kerajaan kita bersama UMNO dan BN bekerjasama dalam mentadbir Sabah seperti yang ada sekarang tapi dalam gabungan rasmi kita ada empat parti manakala UMNO dan BN ialah rakan kita dalam kerajaan GRS,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular