HomeUtamaAgensi Agama Di Sabah Akan Salur Bantuan, Kenalpasti Mangsa Kebakaran Di Tawau

Agensi Agama Di Sabah Akan Salur Bantuan, Kenalpasti Mangsa Kebakaran Di Tawau

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Agensi-agensi agama di Sabah akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Tawau disini Khamis lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya telah meminta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

“Saya turut bersimpati terhadap tragedi kebakaran yang menimpa penduduk di Tawau pada Khamis lalu.

“Oleh itu, saya telah meminta MUIS dan JHEAINS untuk mengenal pasti jumlah dan keadaan rumah serta keluarga mangsa terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan yang sesuai,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya disini semalam.

Mohd Arifin berkata, penyaluran bantuan itu juga adalah bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa terlibat khususnya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Katanya, pihaknya turut meminta beberapa agensi agama lain untuk turut sama menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

“Selain Bahagian Zakat MUIS, saya juga meminta Perbadanan Baitulmal Sabah; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Yayasan Dakwah Islamiah Malauysia (YADIM); Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan agensi lain untuk bersama membantu mangsa yang terlibat.

“Saya juga ingin mengajak kepada semua pihak untuk turut sama menghulurkan bantuan lebih-lebih lagi dalam keadaan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) akan turut membantu memastikan kebajikan mangsa terlibat terjaga khususnya yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Ini termasuklah menyediakan ruangan (partition) untuk mangsa berehat,menyediakan makanan bermasak dan keperluan asas semasa di PPS.

“Manakala bagi penempatan mangsa-mangsa akan diselaraskan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) selaku Pengerusi Bencana Daerah di PPS yang telah dikenalpasti,” katanya.

Pada Khamis lalu, dianggarkan kira-kira 700 rumah musnah terbakar dan menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kejadian itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular