HomeIsu tempatanJHEP sumbang 300 pek juadah iftar, agih 5,000 kurma kepada pelajar

JHEP sumbang 300 pek juadah iftar, agih 5,000 kurma kepada pelajar

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberikan sumbangan sebanyak 300 pek juadah iftar kepada pelajar UMS, baru-baru ini.

Ketua JHEP, Mohd. Raffie Janau berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap para pelajar yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan al-Mubarak.

“Pihak JHEP akan sentiasa menyokong program-program untuk kebaikan pelajar, dan usaha seumpama ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Pada sumbangan kali ini, kita telah meminta bantuan pihak Masjid UMS untuk menyelaraskan agihan sumbangan kepada para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam perkembangan lain,  JHEP juga turut mengadakan pengagihan kurma kepada kira-kira 5,000 pelajar kolej kediaman di kampus Kota Kinabalu, Labuan dan Sandakan.

Agihan disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin melalui pengetua-pengetua kolej kediaman semasa Majlis Iftar Bersama Pimpinan Pelajar di Anjung Siswa UMS, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Eliezer Navell Anthony, Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti, Ketua-ketua Bahagian serta sukarelawan JHEP.

Majlis tersebut antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan pelajar yang terdiri daripada MPP, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman, dan Persatuan Mahasiswa Fakulti. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya