HomeUtamaJKNS komited pastikan perkhidmatan, penyampaian rawatan pada tahap terbaik

JKNS komited pastikan perkhidmatan, penyampaian rawatan pada tahap terbaik

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan dan penyampian rawatan berada dalam tahap terbaik.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ini termasuklah usaha untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit.

Justeru katanya, pihaknya meminta kerjasama semua pihak khususnya pemanggil dan orang awam agar memberikan maklumat yang lengkap semasa membuat panggilan kecemasan bagi membolehkan responder di hospital-hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah.

“Untuk makluman, jabatan ini telah membuat siasatan dengan meneliti data masa sebenar di pangkalan data Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999) berkenaan isu kelewatan ambulans yang dibangkitkan di laman akhbar sebuah berita tempatan semalam.

“Hasil penelitian data berkenaan mendapati bahawa MERS 999 telah menerima panggilan telefon pada masa 12.06 tengah hari dari seorang pemanggil, namun talian telah terputus semasa proses penyambungan dari MERS 999 Regional Center (Regional Center) ke Medical Emergency Call Center (MECC) Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses verifikasi kes dan mendapat maklumat lanjut.

“Sebanyak enam cubaan panggilan semula kepada pemanggil dibuat oleh Regional Center dan MECC dari 12.07 hingga 12.19 tengah hari tetapi pemanggil tidak dapat dihubungi semula menyebabkan ambulans tidak dapat diaktifkan disebabkan maklumat lokasi yang tidak jelas,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pihak MERS 999 telah menerima panggilan kedua pada jam 1.01 petang daripada pemanggil lain dengan maklumat lengkap telah diperolehi.

Katanya, team responder dari HQE11 telah diaktifkan pada jam 1.04 petang dan telah tiba di tempat kejadian pada jam 1.16 petang.

“Semasa tiba di tempat kejadian, team responder mendapati pesakit berusia 54 tahun tidak mempunyai tanda-tanda hidup dan pengesahan kematian telah dibuat oleh pegawai perubatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular