HomeIsu tempatangangguan bekalan disebabkan oleh tarbin penjana tenaga bebas terpelantik - SESB

gangguan bekalan disebabkan oleh tarbin penjana tenaga bebas terpelantik – SESB

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU- Beberapa kawasan di negeri ini mengalami gangguan bekalan elektrik pada hari ini (Khamis) bermula pukul 10:30 pagi disebabkan oleh Tarbin Penjana Tenaga Bebas yang terpelantik akibat masalah teknikal.

SESB di dalam satu kenyataan malam ini berkata Sistem telah mengalami lucutan beban sehingga 96MW dan untuk memastikan kestabilan grid, SESB terpaksa melaksanakan catuan bekalan bagi menangani permintaan beban di seluruh negeri.


Sistem sedang dipulihkan secara berperingkat dan SESB akan terus memantau keadaan yang dijangka akan kembali normal sepenuhnya pada malam ini.


Pengguna SESB dinasihatkan menghubungi 15454 / 08851500 atau merujuk kepada akaun media sosial SESB untuk mendapatkan perkembangan terkini katanya

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh kerjasama serantau bersama UNISMUH Makassar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular