HomeUtamaKerajaan Sabah ambil serius kes pemalsuan pengisytiharan cukai jualan

Kerajaan Sabah ambil serius kes pemalsuan pengisytiharan cukai jualan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mengambil perhatian serius berhubung laporan kes melibatkan tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan penjawat awam negeri.

Tangkapan melibatkan penjawat awam negeri itu didakwa telah melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnyanya kepada SPRM berhubung siasatan yang dijalankan oleh agensi berkenaan.

“Saya mengambil perhatian serius berikutan dengan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri.

“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri untuk meneliti dan menambahbaik segala sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang dan peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Semalam SPRM melaporkan satu lagi tangkapan terhadap seorang individu bergelar Datuk ditahan agensi itu bagi membantu siasatan kes melindungi pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

Suspek yang berusia 66 tahun itu merupakan bekas penjawat awam telah ditahan di pejabat SPRM Sabah jam 4 petang semalam dan kes berkenaan akan disiasar mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan telah ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang berkenaan dipercayai sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Negeri (MOF).

Pengarah SPRM Sabah Datuk S.Karunanithy berkata, pihaknya turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya