HomeUtamalelaki maut dalam Mclaren yang disewa

lelaki maut dalam Mclaren yang disewa

Read Time:1 Minute, 9 Second

PETALING JAYA: Misteri sebuah kereta mewah tersadai berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati di dalam kenderaan itu, petang semalam.

Kejadian itu disedari orang awam selepas mendapati lelaki berusia 28 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Najilan Che Pa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 6.03 petang sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta mewah model McLaren diparkir berhadapan pusat hiburan berkenaan dan terdapat mangsa seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota kemudian bertindak membuka pintu kereta berkenaan menggunakan alatan khas. Sebaik berjaya dibuka, pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya yang dipetik Berita Harian berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat dari semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

“Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999.

RELATED ARTICLES
Utama

400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular