HomeUtamaCuaca buruk di beberapa kawasan di Sarawak, Labuan pagi ini 

Cuaca buruk di beberapa kawasan di Sarawak, Labuan pagi ini 

Read Time:28 Second

CYBERJAYA — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Labuan pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, di Sarawak, amaran cuaca buruk itu melibatkan Kuching, Sri Aman, Sibu, Kanowit, Mukah, Song, Kapit, Bukit Mabong, Bintulu, Tatau, Miri dan Marudi.

Negeri lain dilaporkan tidak mengalami sebarang cuaca buruk pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular