HomeIsu tempatanIbubapa dinasihati supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak kawal aspek kebersihan semasa di...

Ibubapa dinasihati supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak kawal aspek kebersihan semasa di sekolah, elak jangkitan HFMD – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Setakat ini kumulatif kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah sebanyak 4604 iaitu 91 peratus melibatkan kanak-kanak sekolah bawah 12 tahun.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, memandangkan minggu depan sesi persekolahan akan bermula, beliau menasihati ibubapa supaya berpesan kepada anak-anak mereka sentiasa jaga kebersihan, kerap basuh tangan, dan kawal aspek kebersihan semasa di sekolah.

“Kita minta juga kerjasama guru-guru sekolah dan persatuan ibubapa dan guru (PIBG) untuk beri kerjasama dan peka terhadap perkembangan kes ini.

” Pihak tadika juga disaran supaya memastikan dari semasa ke semasa agar premis mereka dalam keadan bersih dan terus mengasingkan sekiranya ada anak didik yang hadir ke tadika atau taman asuhan mereka mengalami gejala tersebut supaya kes ini tidak berjangkit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Juara Suara Emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) 2022 anjuran PAWE Sepanggar di Dewan Tun Sakaran, Hotel Raia, Sembulan di sini hari ini.

Menurut Shahelmey, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memantau dari semasa ke semasa mengenai kes ini.

“Setakat yang saya dimaklumkan sebanyak 7658 premis telah diperiksa dan setakat hari ini 44 premis termasuk sekolah rendah, tadika dan taman asuhan kanak-kanak telah diarah ditutup sementara utk menjalankan aktiviti-aktiviti pembersihan.

“Justeru, sempena pembukaan sekolah minggu depan, sekolah yang disahkan selamat dibenarkan dibuka manakala yang diarah tutup mereka hanya boleh membuka premis mereka setelah Jabatan Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan premis,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya