HomeUtamaPolis tahan bapa rogol anak sendiri

Polis tahan bapa rogol anak sendiri

Read Time:1 Minute, 7 Second

CYBERJAYA : Polis daerah Tumpat menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki merogol anak remajanya sejak empat tahun lalu.

Memetik laporan portal Berita Harian, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata kali terakhir suspek didakwa berbuat demikian ialah pada tengah malam Khamis lalu di kediamannya di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan.

Katanya, mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu itu, mendakwa didatangi suspek di bilik tidurnya sebelum dirogol.

“Remaja itu mendakwa diperkosa bapanya sejak berusia 12 tahun. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan lama, berkemungkinan disebabkan tusukan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Amran berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, suspek ditahan di rumahnya pada jam 3 petang semalam.

Katanya, isteri suspek turut membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan mendatangkan kecederaan

“Suspek yang juga seorang penganggur mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah, namun ujian saringan dibuat mendapati keputusannya negatif.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Sebaik selesai, dia akan ditahan semula untuk siasatan bagi kes sumbang mahram mengikut Seksyen 376(3) KK yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan sebat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM tubuh pasukan petugas khas bebas, siasat kematian Pakar Perubatan Patologi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular