HomeIsu tempatan15 usahawan belia sertai kursus e-pelancongan

15 usahawan belia sertai kursus e-pelancongan

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU :  Seramai 15  usahawan belia  menyertai Kursus E-Pelancongan sempena Program Peningkatan Upaya Untuk Pelancongan Lestari Komuniti Kawasan Inanam 2022.

Kursus anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah itu bertujuan membantu komuniti mengenal pasti produk pelancongan yang boleh dijadikan pakej promosi dan dipasarkan secara digital.

Di samping itu, penganjurannya juga adalah untuk menambah keupayaan industri pelancongan berasaskan komuniti yang dilihat mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Bengkel siri ketiga tersebut disertai peserta dari sekitar kawasan Inanam seperti Kampung Kokol, Kampung Bongkud dan Homestay Id Kalangadan.

Manakala, penceramah terdiri daripada Pengarah Jabatan Pembangunan Pelancongan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (BKK), Fauziahton Ag. Samad, Pensyarah Kanan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Sabah, Dr. Cynthia Dawayan dan Franklin Hazley Lai.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular