HomeIsu tempatanSkuad WAJA berperanan sebagai 'mata dan telinga' kerajaan

Skuad WAJA berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan

Read Time:1 Minute, 33 Second

TULID : Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ Kerajaan dalam masyarakat diperingkat komuniti bagi membantu golongan memerlukan termasuk mangsa keganasan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Skuad WAJA turut memainkan peranan bagi memperkasa komuniti melalui perkhidmatan bantuan Psikologi.

Katanya, skuad itu juga turut mengadakan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang isu jenayah; manipulasi; eksploitasi dan sebagainya.

“Di Sabah, seramai 22,900 orang ahli telah mendaftar sebagai ahli Skuad WAJA manakala di seramai 308,677 ahli telah berdaftar di seluruh Malaysia.

“Peranan Skuad WAJA dalam komuniti khususnya dalam tempoh pandemic sangat signifikan dan banyak membantu masyarakat khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika merasmikan Program Training of Trainers (TOT) Skuad WAJA di sini baru-baru ini.

Siti Zailah berkata, skuad itu juga akan menjadi salah satu tunjang kekuatan Kementeriannya dalam menjayakan agenda pemerkasaan Keluarga Malaysia.

Katanya, ahli skuad di negeri ini juga turut bergiat aktif dengan menyantuni komuniti dan mangsa yang memerlukan.

“Pelbagai program Psikososial seperti Program Psikososial Kembara Skuad Waja Kota Belud, Kembara Skuad Waja Daerah Sandakan dan Program Psikososial Kembara Skuad Waja Tuaran telah dilaksanakan bersama-sama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan merangkumi aspek keseimbangan, kewangan, kemahiran dan kepimpinan khususnya bagi wanita,” katanya.

Siti Zailah berkata, pihaknya menyeru agar semua pihak memainkan peranan untuk menggerakkan program Psikososial dan aktiviti-aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah khususnya jenayah terhadap wanita.

Katanya, selain itu penglibatan kaum lelaki sebagai ahli Skuad WAJA juga dilihat penting dalam bersama menangani isu ini.

“Setiap ahli Skuad WAJA yang mendaftar diberikan panduan melalui Modul Skuad Waja yang telah dibangunkan oleh JPW dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) untuk memberi bantuan dan bimbingan awal kepada mangsa.

“Orang ramai diseru tampil mendaftar sebagai ahli Skuad Waja dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi https://www.jpw.gov.my/,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya