HomeIsu tempatanAnggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan kes minta dan terima suapan pengeluaran...

Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan kes minta dan terima suapan pengeluaran kad pengenalan

Read Time:38 Second

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan warganegara Malaysia.

Menurut sumber, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular