HomeUtamaRakyat Sabah model terbaik lestarikan semangat perpaduan - Hajiji

Rakyat Sabah model terbaik lestarikan semangat perpaduan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini merupakan model terbaik dalam melestarikan semangat perpaduan yang merentasi perbezaan ideologi politik, budaya dan kepercayaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sikap saling bertoleransi, saling menghormati dan menerima perbezaan kepelbagaian agama serta budaya antara faktor mengeratkan perpaduan alam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Semua ini merupakan ciri-ciri penting yang sentiasa dijaga dan dipupuk kepada lapisan masyarakat agar bertanggungjawab untuk saling mengeratkan hubungan silaturrahim tanpa sempadan.

“Justeru dalam hal ini, masyarakat Cina Muslim memainkan peranan penting melalui platform Persatuan CIna Muslim Malaysia (MACMA) sebagai jambatan kepada perpaduan antara masyarakat Islam setempat dengan masyarakat bukan Islam, baik untuk dalam negeri, negara mahupun peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan MACMA ke-28 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, beliau berharap agar segala usaha dan langkah yang dilakukan khusus untuk membentuk masyarakat dengan semangat perpaduan akan sentiasa diberi nilai tambah.

“Selain itu juga saya berharap semua usaha dapat digarap sebaiknya agar fungsi silang budaya sentiasa mewarnai keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat.

“Hal ini penting agar sikap saling menghormati menebal dalam jiwa masyarakat sekali gus menjadi tunjang dan teras kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya