HomeIsu tempatanPVATM laksana pelbagai aktiviti sempena 100 tahun Veteran ATM

PVATM laksana pelbagai aktiviti sempena 100 tahun Veteran ATM

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sabah akan melaksanakan pelbagai aktviti sempena sambutan ulang tahun ke-100 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang DiPertua, Marshid Mohd Salleh berkata, semua program tersebut akan diadakan di ibu negeri dengan penglibatan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) antaranya, Kejohanan Golf dan Berbasikal Amal 100 Tahun PVATM dan Sepetang Bersama Veteran pada penghujung September ini.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 6,000 ahli di Sabah dan masih dalam proses menambah keahlian dari masa ke semasa. Terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah membantu ahli-ahli PVATM di 12 cawangan menerusi YNJ.

“Selain memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif 2021-2024 PVATM Negeri Sabah, kita juga memaklumkan perancangan aktiviti dan memohon restu serta penglibatan YNJ dalam aktiviti amal PVTM kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan  kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua PVATM Negeri Sabah Ruhimin Jaafar, Naib YDP 1 Awil Kamsari, Naib Yang DiPertua II, Ibnuhaili @ Holly Jauhali dan Ketua Penerangan, Albert Chang.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO) yang baharu, Samsul Dollah berkuatkuasa pada 1 Mac lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia dan memaklumkan pihaknya akan memberi tumpuan serta pelarasan terhadap 1,072 projek pembangunan fizikal di Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya