HomeUtamaLKM sasar tiga matlamat harungi perubahan ke arah digitalisasi,inovasi

LKM sasar tiga matlamat harungi perubahan ke arah digitalisasi,inovasi

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Koko Malaysia (LKM) mensasarkan tiga sasaran utama bagi mengharungi fasa perubahan dan transformasi ke arah digitalisasi dan inovasi khususnya dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin berkata, sasaran itu dilihat mampu menjadi titik permulaan bagi mencetuskan fenomena `technology fever’.

“Sesuai dengan peralihan masa, kemajuan teknologi dan perbezaan kehendak dan persepsi pengguna, pihak Kementerian dan LKM tidak terkecuali dalam mengharungi desakan fasa perubahan dan transformasi ke arah digitalisasi dan inovasi yang selaras dengan trend global.

“Antara sasaran LKM bagi mengharungi fasa perubahan adalah dengan mengadaptasikan penggunaan aplikasi sistem dan teknologi termaju serta inovasi dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam rantaian pengeluaran biji koko kering serta  pengurusan nilai industri koko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Koko Kebangsaan (SKKM) 2022 di sini hari ini.

Willie berkata, dua aplikasi mudah alih dan interaktif LKM yang telah di lancarkan pada 18 Mei 2022 iaitu Decision Making Cocoa (DMCOCOA) dan Action Threshold-Intergrated Pest Management (AT-IPM CACAO) adalah bermanfaat kepada pekebun koko dalam mengawal serangan perosak koko dan menetapkan aktiviti semburan yang tepat.

Katanya, LKM turut mensasarkan untuk mengurangkan jurang digital di setiap peringkat rantaian ekosistem industri koko menerusi peningkatan kesedaran dan tahap penguasaan kemahiran teknologi digital terutama dalam kalangan pekebun di sektor huluan di luar bandar.

“Selain itu, LKM akan turut mempercepatkan penghijrahan dan ledakan e- Dagang di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan menerusi penggunaan telefon pintar, komputer dan Internet sebagai medium operasi pemasaran produk berasaskan koko di pasarantempatan dan global.

“Lihat sahaja Shopee and Lazada, jutaan barangan dalam pelbagai kategori termasuk produk berjenama dan premium dijual secara online,” katanya.

Dalam pada itu, Willie berkata, pihaknya menerusi LKM mengajak semua pembuat dasar, para pekebun, pengusaha dan pemain industri untuk memahami the bigger picture, pick up and run with the idea.

“Kita tidak mampu sekadar wait and see, kita harus segera bertindak, demi masa, selaras dengan beberapa pelaksanaan agenda masa depan Kerajaan seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA), MyDIGITAL dan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara sejak tahun 2020 dan 2021,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular