HomeIsu tempatan"BERSATU Sabah tidak bersembunyi sebaliknya seiring dengan GRS," Khairul Firdaus

“BERSATU Sabah tidak bersembunyi sebaliknya seiring dengan GRS,” Khairul Firdaus

Read Time:2 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata BERSATU Negeri Sabah tidak bersembunyi di sebalik nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebaliknya bergerak seiring dalam GRS bersama rakan-rakan parti kompenen lain untuk kelangsungan pembangunan negeri Sabah.

“Tak baik fitnah kami (BERSATU) begitu, tuduh kami bersembunyi dalam GRS kerana kami lemah, sedih juga kami dengar tohmahan sebegitu.

“Kami antara komponen dalam gabungan tersebut (GRS), dan kita semua dalam GRS bergerak seiring sebagai sebuah gabungan yang membentuk kerajaan yang mentadbir negeri Sabah.

“Tak wajar kalau ada pihak yang suka-suka hati menuduh BERSATU sebegitu, apatah lagi jika pihak itu bukan dari kalangan pemimpin tempatan Sabah yang arif tentang corak politik di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Khairul Firdaus juga meminta agar pihak yang tidak arif dan tidak mengetahui tentang norma politik di Sabah, untuk tidak sewenang-wenangnya memberi ulasan atau menghina corak politik di negeri Sabah.

“Kita di negeri Sabah, dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah satu cetusan idea yang pertama kali dalam sejarah politik Sabah, dan jalinan kerjasama ini juga adalah cetusan daripada Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai ketua BERSATU kita di Sabah dan juga Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku ketua Barisan Nasional di Sabah.

“Tidak lain tidak bukan, tujuan utamanya adalah kerana kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin Sabah, yang faham akan norma politik di Sabah dan inginkan yang terbaik untuk kelangsungan kemajuan negeri Sabah, seiring dengan fokus Sabah Maju Jaya.

“Saya harap, tiada yang berhasrat atau berniat ingin menjadi batu api, mencurah minyak dan mencetus bahang api persengketaan,” katanya.

Khairul Firdaus yang juga merupakan Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi berkata bahawa kewujudan GRS sejak awal sudah dirancang sebelum kerajaan negeri Sabah baharu terbentuk.

“GRS dirancang sebelum Pilihan Raya Negeri pada 2020 yang lalu dan direalisasikan selepas tertubuhnya Kerajaan Negeri Sabah yang baharu selepas PRN,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus turut memberitahu bahawa acuan politik di Sabah mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri.

“Di Borneo ini istimewa, negeri Sarawak dan Sabah sendiri, kita ada formula kita yang tersendiri dalam aturan dan percaturan politik serta pentadbiran kita,” ujar Khairul Firdaus lagi.

Katanya, BERSATU tidak pernah merasakan kedudukannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keutuhan masyarakat pribumi, lemah dan bakal tumbang, sepertimana yang dinyatakan oleh sesetangah pihak.

“BERSATU adalah sebuah parti yang utuh dan mempunyai jati diri sendiri dan tidak akan menjadi duri dalam daging, khasnya bagi kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah, GRS-BN,” tambahnya.

Jelas beliau, kerjasama kerajaan GRS-BN tidak pernah tergugat dan semua barisan pimpinan saling bekerjasama dalam melaksanakan misi dan fokus pembangunan kepada rakyat Sabah.

“Kita (BERSATU) tidak berselindung disebalik nama GRS kerana kita kononnya takut tumbang, tapi kita dalam GRS bersama-sama membawa perjuangan rakyat kita, rakyat Sabah, untuk kita, untuk negeri Sabah.

“Kita bertanding bagi 19 kerusi DUN dan menang 11 kerusi, syukur dan ini bukti bahawa kita diterima rakyat Sabah, walaupun kita boleh dikatakan masih baharu,” katanya lagi.

Khairul Firdaus juga menegaskan bahawa BERSATU Negeri Sabah berdiri dan kuat serta, mempunyai autonomi.

“Kita utuh dengan pimpinan ayahanda kita, Ketua Menteri kita, merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor,” katanya.

BERSATU Negeri Sabah mempunyai 2,500 cawangan bagi kesemua 25 bahagian seluruh negeri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular