HomeIsu tempatanOperasi Bersepadu banteras penyambungan haram bekalan elektrik di Beaufort

Operasi Bersepadu banteras penyambungan haram bekalan elektrik di Beaufort

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Satu Operasi Bersepadu telah dijalankan bagi membanteras penyambungan haram bekalan elektrik di kawasan Daerah Beaufort pada Selasa. (5 Julai)

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, penugasan Operasi Bersepadu ini dilancarkan berikutan kejadian penyambungan bekalan elektrik secara haram semakin berleluasa terutamanya di kawasan perkampungan setinggan di Kg Bakalau, di daerah ini.

Operasi Bersepadu banteras penyambungan haram bekalan elektrik dijalankan di perkampungan Setinggan Kg Bakalau, Beaufort semalam. – Foto ihsan PDRM Beaufort
Operasi Bersepadu banteras penyambungan haram bekalan elektrik dijalankan di perkampungan Setinggan Kg Bakalau, Beaufort semalam. – Foto ihsan PDRM Beaufort

“Operasi yang bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu, sebanyak 50 buah rumah telah dikesan membuat penyambungan elektrik secara haram dan penyambungan tersebut telah dimusnahkan oleh kakitangan teknikal SESB Beaufort,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Operasi Bersepadu tersebut dilaksanakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Beaufort, Polis Bantuan SESB, Majlis Daerah dan Jabatan Air.

“Sepanjang tempoh operasi dijalankan, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Pihak Pengurusan SESB Daerah Beaufort mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen PDRM IPD Beaufort serta semua yang terlibat dalam menjayakan operasi tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya