KUALA LUMPUR : Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya mencipta sensasi apabila mencatat rekod baharu Kebangsaan menerusi acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia yang berlangsung di Cali, Colombia, awal pagi tadi.
Pelari berusia 18 tahun itu mempamerkan larian ‘luar biasa’ apabila mencatat masa 10.09 saat (s) sekali gus menungguli saingan bagi saringan lapan seterusnya mengatasi catatan 10.18 saat milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada 2016.
Catatan yang dicipta itu juga merupakan yang kedua terpantas daripada semua lapan saringan yang berlangsung dimana Azeem berada di belakang atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan catatan 10.00s.
Pelari pecut negara itu akan meneruskan aksinya di peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung, awal pagi esok.