TAMPARULI: Sembilan sekeluarga nyaris maut apabila sebuah Lori semi trailer terbabas sendiri dan melanggar rumah mereka di tepi jalan dalam satu kejadian di Kg Kapa Tamparuli Jalan Ranau dekat sini, pagi tadi. (3 Ogos)
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.48 pagi tadi.
“Sepasukan anggota Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah Lori semi trailer terbabas sendiri dan melanggar sebuah rumah (90% kerosakan) di tepi jalan lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter.
“Terdapat dua orang mangsa mengalami kecederaan di dalam kenderaan lori manakala sembilan ahli keluarga di dalam rumah tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa yang cedera telah mendapat rawatan awal oleh Pasukan EMRS seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya..
Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi. Operasi ditamatkan pada jam 9.50 pagi.