HomeIsu tempatanTH serah van serbaguna menerusi Program Mobiliti TH, beri manfaat kepada penduduk...

TH serah van serbaguna menerusi Program Mobiliti TH, beri manfaat kepada penduduk terlibat

Read Time:1 Minute, 38 Second

SIPITANG : Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sebuah van serbaguna kepada Masjid Imam Hashim Pekan Sipitang di sini yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 orang umat Islam di daerah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sumbangan di bawah Program Mobiliti TH itu adalah yang kedua di Sabah selepas Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Sandakan pada tahun lalu.

Katanya, ianya adalah bertujuan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan fardhu ain terutama dalam kalangan ahli kariah di masjid-masjid yang memerlukan di luar bandar.

“Melalui sumbangan van dwifungsi ini, ahli kariah Masjid Imam Hashim Pekan Sipitang akan dapat menggunakan pengangkutan yang lebih selesa ketika menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk kesejahteraan seperti menghadiri kelas agama, van penumpang dan pengurusan jenazah.

“Program Mobiliti TH pada awalnya menyumbang kenderaan van dwi-fungsi ke masjid-masjid dan surau tetapi pada tahun 2021 berjaya diperluaskan ke pusat tahfiz, badan serta rumah kebajikan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH 2022 Negeri Sabah, di sini hari ini.

Katanya, TH juga akan turut memperluaskan lagi sumbangan program mobiliti kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, kebanyakan badan kebajikan tidak mempunyai pengangkutan yang selamat dan sesuai untuk para penghuni mereka menjalankan aktiviti harian.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak TH, Datin Nurlaila Said berkata, sejak diperkenalkan pada 2016, TH telah menyumbangkan lebih 96 buah kenderaan kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan terpilih di seluruh negara.

Pada tahun ini, TH memperuntukkan sebanyak RM5.4 juta untuk program mobiliti dengan 40 unit van dwifungsi disumbangkan ke institusi terpilih seperti masjid, surau, rumah-rumah kebajikan dan persatuan berdaftar di seluruh negara.

Pada majlis yang sama, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada asnaf Sipitang manakala Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyerahkan sumbangan RM 26,500 kepada pelajar dan guru KAFA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular