HomeUtamaPelaksanaan OBCJ PDRM berjaya turunkan jumlah Kadar Jenayah Indeks di Kota Kinabalu

Pelaksanaan OBCJ PDRM berjaya turunkan jumlah Kadar Jenayah Indeks di Kota Kinabalu

Read Time:3 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Operasi Bersepadu Cegah Jenayah (OBCJ) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan di sekitar Daerah Kota Kinabalu berjaya menurunkan jumlah Kadar Jenayah Indeks di kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, OBCJ ini telah dijalankan sejak bulan Mac lalu sehingga sekarang dan hasil daripada post-mortem mengenai OBCJ setiap bulan, didapati pelaksanaan OBCJ oleh pasukan PDRM Kota Kinabalu telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks di sekitar Daerah Kota Kinabalu daripada 90 peratus jumlah jenayah indeks pada bulan Februari dan sekarang menurun kepada 30 peratus.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah meninjau ke lokasi OBCJ di sekitar Daerah Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Sekatan jalan raya Operasi Bersepadu Cegah Jenayah PDRM Kota Kinabalu.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah (kanan) bertemu dengan pasukan SRS dan KRT kawasan Luyang.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah meninjau ke lokasi OBCJ di sekitar Daerah Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah bertemu dengan pasukan SRS dan KRT kawasan Luyang.

Antara yang terlibat dalam menjalankan OBCJ tersebut selain pasukan anggota dari Balai Polis di tujuh lokasi OBCJ yang dikenalpasti, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), turut sama dari orang awam iaitu penduduk setempat seperti pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Menurut Zaidi, OBCJ ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun ini dan ianya beroperasi dari jam 12 tengah malam sehingga jam 8 pagi setiap hari.

“Kita mengambil pendekatan dan sentiasa mengkaji trend jenayah semasa, itulah sebabnya masa pengoperasian OBCJ ini akan berubah-ubah mengikut keperluan kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat tumpuan jenayah berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat tinjauan dan pemantauan ke lokasi-lokasi ” Op Snap Check” sekitar Daerah Kota Kinabalu yang didirikan oleh OBCJ PDRM.

“Malam ini, kita berkesempatan meninjau di beberapa lokasi OBCJ, Alhamdulillah, ada penglibatan SRS dan KRT dari penduduk setempat seperti di OBCJ Indah Permai, Menggatal, Luyang dan Tanjung Aru.

“Kita yakin dengan penglibatan SRS dan KRT akan lebih baik dan orang ramai dapat menilai serta sedar akan kewujudan OBCJ yang sedang kami laksanakan,” ujarnya.

Zaidi turut menjelaskan dua tujuan utama OBCJ iaiitu pertama, untuk menurunkan kadar jenayah indeks dan kedua, pihak PDRM mahu masyarakat sedar dengan kesungguhan dan komitmen PDRM untuk menurunkan kadar jenayah agar masyarakat berasa selamat dengan adanya OBCJ tersebut dan yakin bahawa PDRM IPD Kota Kinabalu sentiasa mencari jalan untuk menjaga serta menjamin keselamatan masyarakat di sekitar daerah ini.

“Walau bagaimanapun, saya berharap SRS dan KRT di Inanam, KK dan Karamunsing turut bersama kami dari masa ke semasa kerana kawasan ini belum lagi aktif seperti di Luyang, Tanjung Aru dan Menggatal,” tambah Zaidi.

Antara kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang OBCJ dilaksanakan, Zaidi berkata, pasukannya telah berjaya membuat tangkapan kes ‘on the spot’ kes memiliki peralatan pecah rumah membabitkan tiga kes yang dipercayai suspek-suspek ini dalam perjalanan merancang untuk melakukan jenayah pecah rumah.

“Kita telah berjaya mengesan dan menggagalkan kegiatan mereka. Disamping mematahkan kes memiliki dadah, PDRM Kota Kinabalu juga telah berjaya menumpaskan dua kes pecah rumah yang paling aktif pada bulan Feb dan Mei lalu. Geng-geng ini dipercayai aktif di kawasan perumahan mewah dan sasaran mereka untuk mencuri peti besi.

“Hasil dari pemantauan OBCJ, kita berjaya menumpaskan kedua-dua geng ini dan menyelesaikan kira-kira 32 kes pecah rumah, kes curi serta tangkapan 20 orang suspek.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa mengkaji pendekatan OBCJ dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi pelaksanaan OBCJ agar dapat menurunkan kadar jenayah indeks dengan lebih berkesan di daerah ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular