HomeIsu tempatanBomba selamatkan lelaki cuba terjun bangunan

Bomba selamatkan lelaki cuba terjun bangunan

Read Time:50 Second

TAWAU : Seorang lelaki berjaya diselamatkan sepasukan bomba selepas cuba terjun dari bangunan tingkat tiga di Jalan Habib Sheikh, Sabindo di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.25 malam itu, lelaki terbabit dilihat berada di belakang bangunan tersebut sebelum laporan dibuat oleh orang awam.

Namun lelaki berusia 38 tahun itu membatalkan niatnya selepas berjaya dipujuk anggota bomba dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.31 malam.

“Sebaik menerima panggilan, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama Dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sejurus tiba, pasukan bomba dan pegawai kesihatan daripada pakar psikiatri Hospital Tawau bertindak memujuk lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lelaki itu kemudiannya berjaya dipujuk dan diselamatkan sebelum diserahkan kepada pakar psikiatri KKM untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi tersebut selamat dan menamatkan operasi pada jam 10 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya