HomeIsu tempatanSedafiat Sdn Bhd serah bantuan one-off kepada 40 pelajar golongan B40

Sedafiat Sdn Bhd serah bantuan one-off kepada 40 pelajar golongan B40

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU:  Seramai 40 pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menerima bantuan one-off RM500 daripada Sedafiat Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Panel Industri Politeknik Kota Kinabalu, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun berkata bantuan tersebut diberikan kepada  pelajar baharu PKK yang terpilih dari golongan B40 berpendapatan rendah.

“Saya berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban pelajar terutamanya urusan pendaftaran kemasukan sebagai pelajar baharu di PKK dan membeli kelengkapan memasuki semester pertama di Politeknik.

“Dengan bantuan tersebut, diharap agar penerima dapat belajar lebih baik dan terus cemerlang dalam pengajian serta bidang yang diceburi.  Selain PKK, bantuan juga akan diberikan kepada pelajar Universiti Sabah Malaysia (UMS) dan Universiti Teknologi MARA  (UiTM) Sabah yang terpilih dalam program berasingan,” katanya.

Beliau yang juga yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Politeknik Kota Kinabalu Sesi I: 2022/2023 di sini semalam.

Seramai 586 pelajar telah berjaya mendaftar ke Politeknik Kota Kinabalu pada sesi tersebut.

Hadir sama, Pengarah PKK, Dullah Muluk, Timbalan Pengarah Akademik PKK,  Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK, Teknologis Md. Syadiqin Awg Adi @Jumaat dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK, Teknologis Saril Yusop./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular