HomeIsu tempatan3 mangsa rentung dalam kebakaran rumah di Taman Rajawali Sandakan

3 mangsa rentung dalam kebakaran rumah di Taman Rajawali Sandakan

Read Time:42 Second

SANDAKAN: Tiga orang mangsa rentung dalam satu kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Rajawali, dekat sini, malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.35 malam tadi (19 Ogos 2022).

“Sepasukan Bomba tiba ke lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90 peratus,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sumber air dari Jentera Bomba dan Pili Bomba berhampiran.

“Namun terdapat tiga orang mangsa iaitu dua perempuan dan seorang lelaki dijumpai telah rentung di tingkat bawah bahagian ruang tamu dan mangsa-mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 11.00 malam dan ditamatkan pada jam 1.21 pagi (20 Ogos 2022),” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya