HomeIsu tempatanSOM MABIMS ke-46 dilaksanakan di Sabah

SOM MABIMS ke-46 dilaksanakan di Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Sabah dipilih sebagai lokasi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke-46. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri bermula 26 hingga 30 September depan.

“Tujuan pemilihan Sabah adalah untuk mempromosi negeri ini sebagai sebuah pusat pelancongan.

“Apabila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah, urusetia dan jawatankuasa induk merasakan Sabah adalah lokasi terbaik memperkenal kehidupan dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah kepada negara anggota yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Hadir sama mengiringi beliau, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Sementara itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) yang baharu, Tan Sri Sukarti Wakiman dan rombongan.

Menurut Sukarti, kunjungan berkenaan untuk memaklum dan mengucapkan terima kasih kepada Tun Juhar atas pelantikan tersebut selain berharap agar mereka yang dilantik mampu menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular