HomeIsu tempatanPERKIM, USIA erat kerjasama teruskan warisan dan gerakan dakwah di Sabah

PERKIM, USIA erat kerjasama teruskan warisan dan gerakan dakwah di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) akan terus menjalin kerjasama erat dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dalam memainkan peranan lebih berkesan khususnya kepada masyarakat setempat.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, kerjasama itu juga diharap akan dapat memberi satu lonjakan baharu termasuk meneruskan warisan dan gerakan dakwah Islam terutama di Sabah.

“USIA merupakan satu badan warisan yang sangat berharga yang telah dicetuskan ideanya oleh Almarhum Tun Mustapha dan kini diperbaharui semula oleh Datuk Sapawi Ahmad sebagai Yang Dipertua USIA yang baharu.

“Hubungan PERKIM dan USIA sebenarnya merupakan ‘adik beradik’ yang sangat rapat dan sudah lama terjalin.  Saya berharap agar hubungan ini akan terus dieratkan lagi bagi memperkasa pembangunan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad di Menara USIA di sini hari ini.

Sementara itu, Sapawi berkata, pihaknya mengalu-alukan beberapa idea yang dikongsikan Mohd Yusof pada pertemuan itu bagi menyemarakkan lagi semangat dan memantapkan pentadbiran USIA.

“Pada masa ini kita (USIA) sedang menyiapkan pelan strategik pembugaran USIA iaitu dari segi imej, memperkasa, mempelbagaikan dakwah dan juga mengurus selain memperkukuh aset pengurusuan kewangan dan sebagainya.

“Sudah tentu hubungan yang akrab ini yang sudah lama terjalin akan terus dirapatkan lagi selain diterjemahkan dalam gelanggang dakwah.  Sebagai orang baru dalam pentadbiran sudah tentu akan melalui perlembagaan.

“Kita juga mahu meletakkan imej yang terbaik bagi umat Islam melalui USIA disamping bagi memastikan USIA terus relevan dalam konteks dakwah yang pelbagai pada hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular