HomeGaya hidupTanam Bunga Terapi Minda - Airine Abidin

Tanam Bunga Terapi Minda – Airine Abidin

Read Time:1 Minute, 36 Second

RANAU: Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai jururawat di sebuah klinik swasta di pekan Ranau, bukan penghalang bagi Airine Abidin, 41, meneruskan hobi beliau menanam pelbagai bunga jenis Ati Ati, Lidah Jin dan Lidah Buaya di halaman rumahnya.

Selain meminati menanam pokok bunga hidup Airine Abidin anak ketiga dari lima beradik kelahiran daerah Telupid, turut meminati memasak masakan tradisi suku kaum yang terdapat di Sabah bagi mengisi masa lapangnya.

Menurut Airine, mengikut cerita orang tua-tua menanam bunga Lidah Jin boleh menghalang daripada gangguan makhluk halus dan syaitan, namun ia tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi  sebaliknya, hanyalah sebagai hobi bertujuan menghias seri halaman rumah dengan pelbagai jenis bunga-bungaan menjadi terapi minda dan hiburan semata-semata.

“Menanam pokok bunga-bungaan hidup juga boleh dijadikan sumber pendapatan yang memberi pulangan lumayan jika diusaha dengan tekun.

“Apatah lagi ketika kita dilanda pandemik COVID-19 dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk mengurangkan pergerakan ke sana ke sini bagi mengelak penularan virus COVID-19, sememangnya menanam bunga atau melakukan aktiviti di rumah adalah sangat menyeronokkan bagi saya,” ujarnya.

Kini Airine telah menanam lebih 30 jenis bunga Ati Ati, bunga Lidah Jin dan lebih 10 jenis lagi adalah  bunga Lidah Buaya namun belum ada yang dijualnya setakat ini.

“Kalau sudah tumbuh banyak barulah saya jual kepada sesiapa yang berminat”, jelas Airine ketika dihubungi media.

Beliau memaklumkan daun bunga ‘Lidah Buaya’ mempunyai keistimewaannya tersendiri untuk memulihkan tompok jeragat menghaluskan serta memutihkan kulit muka jika digunakan dengan cara yang betul.

“Bagaimanapun, saya sendiri belum mencubanya, hanya setakat dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah mencubanya”, tambah Airine.

Airine memperolehi bekalan anak benih pokok bunga yang ditanamnya dari tamu mingguan pekan Ranau dan pemberian daripada kawan-kawan beliau.

“Saya berhasrat untuk menjadi seorang usahawan bunga asli tempatan bagi memelihara khazanah bumi yang indah daripada pupus atau hilang atas sebab kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab”, tambah Airine.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular