HomeEkonomiMATA Aerotech terima perakuan revolusi industri 4.0 dari KSTI Sabah

MATA Aerotech terima perakuan revolusi industri 4.0 dari KSTI Sabah

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU – Syarikat Teknologi berasaskan penggunaan dron dan teknologi pintar MATA Aerotech Sdn Bhd hari ini menerima perakuan daripada Kementerian Teknologi Dan Inovasi Sabah berkaitan penggunaan teknologinya yang selari dengan kehendak revolusi industri 4.0 dan keperluan semasa di Sabah.

MATA Aerotech Sdn Bhd mendukung model pertanian pintar dengan menggunakan teknologi terkini dari Taiwan. Teknologi ini termasuklah teknologi dron dan Kecerdasan Buatan (AI) yang telah dibangunkan dan digunakan dengan jayanya di Taiwan sejak 2 dekad yang lepas.

Menurut Pengarahnya, Randall Low kejayaan yang telah diperolehi dengan penggunaan model Pertanian pintar di Taiwan sebelum ini, akan juga dapat dinikmati  dengan pemindahan teknologi teknologi tersebut ke negeri Sabah.

Selaras dengan agenda IR 4.0 untuk meningkatkan penggunaan teknologi di dalam sektor pertanian negara dan sekaligus meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani, syarikat ini akan memperkenalkan beberapa pendekatan khususnya di dalam bidang pertanian ke negeri  ini.

Terdapat 3 tunjang utama yang mahu diperkenalkan syarikat ini kepada penduduk di Sabah iaitu meningkatkan pendapat pekebun kecil, dan sekaligus dapat keluar dari  garis kemiskinan serta mencipta peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda di Sabah.

Selain itu Syarikat ini juga membawa konsep kemajuan yang mesra dan selamat kepada alam sekitar dan juga pertanian yang mapan untuk jangka masa panjang.

Menurut Randall lagi beliau mengucapkan ribuat terima kasih kepada Kementerian Teknologi dan Inovasi Sabah khususnya Menterinya, Datuk Haji Yakub Khan, Setiausaha tetap Kementerian, Zainudin Aman dan Kerajaan Sabah diatas perakuan yang diberikan oleh Kementerian kepada syarikat mereka

Untuk rekod MATA Aerotech menggunakan teknologi dron dan kecerdasan buatan Artificial Intelligence (AI) untuk menjalankan analisis data bagi memantau pertumbuhan dan kesihatan tanaman. Analisis data yang pantas dan tepat akan membantu sektor pertanian atau perladangan untuk menambah baik pengurusan dan operasi ladang mereka.

Analisis data ini merupakan langkah pertama ke arah Pertanian Ketepatan, yang melibatkan penyemburan tanaman yang disasarkan pada kawasan ladang atau pertanian yang bermasalah dan dijangkiti.

MATA Aerotech ketika ini fokus kepada perlaksanaan model pertanian pintar  di dalam sektor pertanian, maka ini dapat menjana minat bakat muda di Sabah untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian dan dapat membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular