HomeIsu tempatanGITC wujudkan ekosistem lebih bersepadu berkaitan keperluan kemahiran, tenaga kerja

GITC wujudkan ekosistem lebih bersepadu berkaitan keperluan kemahiran, tenaga kerja

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Badan Koordinasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (GITC) yang ditubuhkan bakal mewujudkan satu ekosistem lebih bersepadu berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pihak industri yang menerajui GITC membolehkan kerajaan menggalas tanggungjawab bagi mengupayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam setiap rantaian nilai penghasilan graduan yang berkualiti.

Katanya, rakan industri sangat penting dalam menghasilkan graduan TVET yang berkemahiran tinggi.

“Ini kerana, perkongsian kepakaran dalam pelbagai usaha sama dengan rakan industri dapat membantu pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa.

“Politeknik kini bukan lagi pilihan pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran. Ramai graduan Politeknik yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi masing masing.

“Saya percaya dan yakin ini adalah hasil daripada acuan yang telah diterapkan didalam sistem pendidikan Politeknik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika menghadiri Majlis Menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi (CoC) antara Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bersama rakan industri di sini kelmarin.

Ahmad berkata, PKK khususnya telah banyak pencapaian yang berjaya dirangkul bukan sahaja daripada kakitangan malah pelajar PKK sendiri.

Antara kejayaan itu katanya adalah menerusi program SEAMEO TVET iaitu program pertukaran pelajar diantara PKK, Politeknik Pertanian Negeri Pangkep Kepulauan Indonesia dan Guimaras State University Philipines yang diadakan secara maya pada 17 Mei sehingga 07 ogos 2022.

“Selain itu, pencapaian cemerlang pelajar PKK dalam 15th Fira Malaysia Cup 2022 yang berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan pada 24 sehingga 27 Julai 2022.

“PKK juga telah berjaya merangkul pingat gangsa dan emas dalam dua acara yang diikuti dalam pertandingan Polyskill yang diadakan pada 11 sehingga 15 september 2022 baru baru ini.

“Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar PKK yang tidak dapat saya sebutkan kesemuanya. Saya berharap kejayan ini akan berterusan dan akan ada lagi banyak kejayaan lainnya pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu PKK Menandatangi CoC bersama sembilan Rakan Kolaborasi Strategik.

PKK diwakili Pengarahnya, Dullah Muluk menandatangani CoC bersama Ria Academy and Consultancy Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Bhd, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd., KKIP Aerospace Training Centre, Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Bhd., AMC College, KKIP Sdn. Bhd dan Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn. Bhd.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular