HomeSukanSukan Olahraga SUKMA terima insentif kemenangan atlet tertinggi

Sukan Olahraga SUKMA terima insentif kemenangan atlet tertinggi

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak RM403,600 insentif kemenangan atlet diberikan kepada atlet Sabah yang berjaya memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di ibu negara baru-baru ini.

Pada SUKMA yang lalu, sukan Olahraga menjadi antara tumpuan apabila kuartet 4 x 100 meter Sabah yang dibarisi Feova Lim; Chelsea Cassiopeura Evali Bopulas; Nur Aishah Rofina Aling dan Petronella Lisong berjaya memenangi pingat emas.

Turut mengungguli sukan Olahraga adalah atlet Andre Anura @Anuar yang turut berjaya memenangi pingat emas acara lompat jauh dan lompat kijang.

Sukan Olahraga menjadi penerima insentif tertinggi SUKMA ke-20 dengan jumlah sebanyak RM74,600 menerusi beberapa acara yang disertai.

Bagi acara Akuatik Renang, insentif kemenangan yang diterima adalah sebanyak RM51,200 diikuti dengan sukan karate dan pelayaran masing-masing menerima RM38,400 dan RM28,400.

Majlis penyampaian insentif kemenangan itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.

Turut menerima insentif kemenangan adalah sukan Sepak Takraw (RM25,600 ); Muaythai ( RM22,000); Wushu (RM17,600); Tenpin Boling (RM14,000); Angkat Berat (RM11,900); Tinju (RM10,900); Memanah (RM9,600); Ragbi (RM7,600) dan Bola Tampar (RM7,600).

Selain itu, turut menerima insentif adalah sukan Lawn Bowls (RM7,400); Petanque (RM7,000); Pencak Silat (RM7,000); Gimnastik (RM6,600); Judo (RM5,100); Squash (RM4,000); Berbasikal (RM3,500) dan Bola Tampar (RM1,600).

Turut menerima insentif ialah pengurus pasukan seramai 21 orang masing-masing menerima sebanyak RM2,000.

Terdahulu ketika berucap, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KBS) akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Atlet Sabah mulai tahun hadapan yang merupakan inisiatif khusus untuk atlet yang berkecimpung serius dalam arena sukan.

Katanya, bermula tahun 2023 semua atlet yang mewakili Sabah ke SUKMA dan Para SUKMA akan menerima caruman sebanyak RM50 sebulan, yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya berharap, caruman ini akan menjadi titik permulaan untuk atlet-atlet negeri ini berlatih lebih serius, menjadikan sukan sebagai kerjaya dan pembina masa hadapan.

“Program ini juga akan memastikan kesinambungan caruman apabila atlet kita beralih ke alam bekerja kelak. Syabas kepada KBS di atas keprihatinan dan usaha berterusan memperjuangkan kebajikan atlet di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular