HomeUtamaDokumentari 'Saudin The Orangutan Whisperer' inspirasi kepada generasi muda

Dokumentari ‘Saudin The Orangutan Whisperer’ inspirasi kepada generasi muda

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kisah keberanian Saudin Labutau yang merupakan Murut pertama melangkah ke New York pada tahun 1936 seharusnya menjadi inspirasi kepada semua, terutamanya generasi muda.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) berbual dengan anak Saudin , James Julius Saudin (tengah) sebelum tayangan dokumentari ‘Saudin The Orangutan Whisperer’ dimulakan. – Foto ihsan JKM

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cerita Saudin yang telah mengatasi banyak cabaran untuk mengembara dari hutan Borneo dan berjaya sampai ke New York kira-kira 86 tahun yang lalu adalah sangat menarik.

Berasal dari Kampung Ambuai, Keningau, Saudin pada usia 26 tahun menempuh perjalanan selepas dia direkrut oleh pasangan pembuat filem dokumentari terkenal Amerika Martin dan Osa Johnson.

“Walaupun tidak mempunyai pendidikan asas, dia seorang yang tidak mudah gentar. Beliau berani dan suka cabaran.

“Sungguhpun tugasnya menjaga orang utan bernama Abai di New York, tidak dapat dibayangkan semua halangan yang mesti dilalui oleh Saudin untuk hidup di dunia asing yang jauh dari keluarganya. Namun, dia tabah. Saya sangat terharu,” kata Hajiji pada majlis pelancaran dokumentari “Saudin The Orangutan Whisperer” dan pameran “The Murut Journey to New York – 1936” di Galeri Azman Hashim dan Auditorium Sekafi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Ketua Menteri berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan penuh selepas melihat pra-tonton dokumentari oleh penerbit dan keturunan Saudin yang datang berjumpa dengannya bulan lepas.

Saudin meninggal dunia pada tahun 1986. “Ini adalah warisan Saudin, bukan hanya untuk anak-anaknya tetapi keberaniannya harus dicontohi oleh semua belia kita. Sentiasa berani dengan hati yang kebal apabila menghadapi cabaran dan jangan sekali-kali berhenti belajar,” katanya.

Hajiji turut memuji Rye Production Sdn Bhd dan mereka yang terlibat dalam penerbitan dokumentari yang akan turut disiarkan di History Channel Asia.

“Ini tidak ternilai harganya kerana ia bukan sahaja menggambarkan perjalanan hidup Saudin tetapi juga menarik perhatian kepada imej unik Borneo yang menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular