HomeIsu tempatanMAQIS Labuan tahan produk hasilan ikan dari Hong Kong

MAQIS Labuan tahan produk hasilan ikan dari Hong Kong

Read Time:1 Minute, 5 Second

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) telah menahan produk hasilan ikan iaitu Dried Seafood ( Hokkaido Dried Scallops) dari Negara Hong Kong tanpa permit import yang sah yang cuba dibawa masuk ke negara ini melalui pintu masuk Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan pada khamis lalu.

Pengarah MAQIS Wilayah Persekutuan Labuan, Nazrul Azman Mat Rahim dalam satu kenyataan berkata, pihak MAQIS telah melakukan pemeriksaan terhadap konsainan itu yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan melalui kargo lapangan terbang dan mendapati konsainan yang dibawa itu tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

“Secara keseluruhannya, MAQIS menahan 110.23 kg produk hasilan ikan yang dianggarkan bernilai RM62,057.43,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nazrul berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke negara ini.

“Hal ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya