HomePolitikPRU15 : Lau bantu selesaikan masalah kami, kata pemilik restoran makanan laut

PRU15 : Lau bantu selesaikan masalah kami, kata pemilik restoran makanan laut

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NICK ABDUL RAHMAN

SANDAKAN: Pemilik restoran makanan laut Lam Yuk Fai hanya mula mengambil tahu berkenaan perihal politik selepas dia bertemu dengan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau.

Yuk Fai mengakui sebelum ini beliau tidak berminat untuk mengikuti perkembangan politik semasa khususnya di Sandakan.

Beliau berkata demikian ketika Thomas Lau mengadakan ceramah politiknya di sini semalam.

Menurut Yuk Fai, beliau telah menyuarakan masalah lampu jalan rosak di perkarangan perumahan Sim-Sim kepada Thomas Lau selepas tidak dapat tindak balas dari penyandang wakil rakyat Sandakan.

“Saya amat kagum dengan respon pantas Lau menyelesaikan isu tersebut dan tidak seperti wakil rakyat lain yang hanya tahu mengelakkan diri.

“Sebagai pengundi, kita harus memilih calon yang mendengar permasalahan rakyat serta mengambil inisiatif mencari penyelesaian, dan saya lebih yakin sekarang untuk menyokong Lau berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah rakyat dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Thomas Lau ketika berucap pada kempennya berkata, beliau telah membantu penduduk kawasan Tanjong Papat menyelesaikan masalah berhubung kemudahan awam.

“Ia selepas pelantikan saya sebagai Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) Tanjong Papat pada Disember 2021.

“Saya menerima banyak aduan berkaitan kemudahan asas yang rosak dan telah mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang diajukan kepada saya.

“Saya akan dapat memberi khidmat kepada rakyat Sandakan dan menangani masalah mereka dengan lebih efisien dan efektif lagi sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Parlimen oleh pengundi Sandakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya