HomeIsu tempatanPetugas PPV Kota Belud Terima Sumbangan MAFI Prihatin

Petugas PPV Kota Belud Terima Sumbangan MAFI Prihatin

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA BELUD : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah terus melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi MAFI Prihatin.

Program MAFI Prihatin kali ini memberi tumpuan kepada kira-kira 70 petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Said disini kelmarin.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim dan turut dihadiri Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.

Japlin berkata, menerusi program tersebut, MAFI menerusi FAMA Sabah mengagihkan produk keluaran FAMA seperti buah-buahan dan sayuran segar kepada petugas yang terlibat di PPV berkenaan.

Katanya, program tersebut telah memberi manfaat kepada petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan Labuan dan empat PPV dengan anggaran peruntukan RM21,000.

“Ini adalah sebagai sebagai tanda terima kasih penghargaan kami terhadap petugas barisan hadapan khususnya para doktor, jururawat dan juga petugas barisan hadapan yang lain.

“Kita sama-sama berdoa semoga penurunan kadar jangkitan ini berterusan dan terus bekerjasama melandaikan jangkitan wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Japlin turut menyokong penuh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Nilai keseluruhan RM150billion pasti dalam dimanfaatkan untuk kesemua tiga fokus utama PEMULIH iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

“Selain itu, banyak lagi manfaat lain khas untuk rakyat dari pelbagai kategori pasti mampu membantu,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular