HomePolitikKabinet Kerajaan Perpaduan diharap dapat pulihkan ekonomi, stabilkan politik negara

Kabinet Kerajaan Perpaduan diharap dapat pulihkan ekonomi, stabilkan politik negara

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap akan dapat memulihkan ekonomi dan menstabilkan politik negara.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan Jemaah Menteri Kabinet yang dilantik Jumaat lalu.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohamad Ali yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

“Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan.  Sudah tentu saya melihat banyak muka baharu dalam Kabinet yang bakal menggalas tugas yang berat dengan amanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, sesungguhnya, pembentukan kabinet ini bukanlah mudah lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati semua pihak.

Katanya, banyak perkara perlu di ambil kira terutamanya soal parti dan hierarki selain kemahiran, wilayah, kaum dan agama.

“Semuanya di ambil kira untuk jadi pertimbangan dalam membuat keputusan. Akhirnya keputusan di buat dan ia merupakan prerogative Perdana Menteri.

“Namun, Kabinet ini bukanlah kekal selama-lamanya kerana penilaian sudah pastinya akan dibuat dari masa ke masa. Prestasi setiap kementerian juga harus dipantau untuk memastikan kelancaran pentadbiran,” katanya.

Beliau turut berkata, untuk berkhidmat, orang politik seharusnya sedar kerana tanpa jawatan juga boleh menjalankan tanggungjawan berkhidmat untuk rakyat.

“Bahkan, pembangkang juga main peranan untuk memastikan ketelusan dalam pemerintahan yang demokrasi,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular