HomeIsu tempatanYatim piatu bukan penghalang peroleh keputusan cemerlang

Yatim piatu bukan penghalang peroleh keputusan cemerlang

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Meskipun berstatus yatim piatu namun ianya bukan penghalang buat graduan Fakulti Perubatan Sains dan Kesihatan (FPSK), Mohd Fazri Karim,24, untuk meraih keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.62.

Anak bongsu daripada 10 adik beradik itu meluahkan perasaan terharu dan tidak menyangka bahawa dirinya akan menamatkan pengajian tepat pada waktunya.

Beliau yang berasal dari daerah Papar menyatakan bahawa beliau masih menunggu penempatan untuk tujuan latihan kedoktoran.

“Saya telah kehilangan ibu bapa saya. Kawan baik saya adalah penyokong setia saya, termasuk adik-beradik saya. Mereka sentiasa menyokong saya dari awal hingga akhir,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24 di sini semalam.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) menjadi salah satu sumber kewangan beliau sepanjang pembelajarannya.

“BKNS membantu saya dalam membayar yuran program perubatan, memandangkan program perubatan adalah salah satu program yang mempunyai yuran yang agak mahal.

“Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana kerana saya ingin menjadi doktor bedah,” katanya.

Ketika ditanya tentang kata-kata semangat terutama kepada individu yatim piatu sepertinya, Fazri berpesan agar jangan mudah putus asa, carilah peluang kerana peluang sentiasa ada untuk kita semua. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya