HomeUtamaPerpaduan, kesatuan perlu jadi fokus bentuk pentadbiran kukuh - Sapawi

Perpaduan, kesatuan perlu jadi fokus bentuk pentadbiran kukuh – Sapawi

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTATAN: Perpaduan dan kesatuan perlu menjadi fokus utama untuk melangkah ke hadapan khususnya dalam membentuk sebuah pentadbiran yang kukuh.

Bekas Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, selain itu kestabilan juga menjadi asas penting dalam sebuah kesatuan.

“Saya menaruh keyakinan terhadap kepimpinan politik di Sabah ini, mereka yang berpengalaman akan dapat mengharungi suasana ini berasaskan kepada pengalaman mereka.

“Sudah semestinya asas yang kuat ialah untuk membina sebuah perpaduan, kesatuan dan kestabilan dan jika semua menuju ke arah itu, saya ingat kita tidak menghadapi masalah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke-36, di Pan Borneo Hotel, semalam.

Terdahulu, beliau diminta untuk mengulas mengenai situasi politik di Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Sapawi berkata, Sarawak perlu menjadi contoh menerusi kesatuan dan perpaduan yang dibina bagi menghasilkan suatu idea khususnya dalam pentadbiran.

“Kalau kita lihat di Sarawak, apabila mereka bersatu dan mempunyai idea bersama di mana perpaduan dan kesatuan itu menjadi fokus.

“Saya fikir di Sabah tidak ada masalah untuk kita meredakan suasana itu agar lebih stabil, terutama sekali di bawah kepimpinan Ketua Menteri dan juga barisan kepimpinan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya