HomeUtamaPemindahan kawal selia bekalan gas ke Sabah satu langkah yang baik -...

Pemindahan kawal selia bekalan gas ke Sabah satu langkah yang baik – Hajiji

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan keputusan Putrajaya memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas ke Sabah sebagai langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam mengalu-alukan keputusan itu, beliau berkata, ini sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyatnya.

“Kerajaan Negeri telah bertegas dalam usaha kita untuk mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri,” katanya.

Ketua menteri berkata, beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa bertemu dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu hari ini, berkata, tarikh pelaksanaan pemindahan akan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada
Yang di-Pertuan Agong.

Atas perkenan Yang di-Pertuan Agung, Dewan Undangan Negeri akan bersidang khas bersidang untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-undang Negeri Sabah bagi bekalan gas, dan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) dalam Sabah berkuat kuasa serta merta.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya