Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA BELUD: Seramai 25 orang pengunjung terperangkap dalam bencana banjir yang melanda di salah sebuah pusat peranginan di Kg Melangkap Baru dekat sini, semalam.
“Pasukan Bomba bertindak membuat pemeriksaan kawasan yang dinaiki air dan memeriksa keadaan mangsa serta memberi nasihat untuk ke tempat yang selamat,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.
Menurut Muhammad Syazwan, operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir dijalankan pada jam 6:00 pagi tadi dengan menggunakan sistem Hauling.
“Kesemua 25 mangsa berjaya di keluarkan pasukan Bomba dengan selamat pada jam 7.30 pagi hari ini,” katanya.
Tambah beliau, mangsa (pengunjung) terdiri lima lelaki dan 20 perempuan membabitkan dari Lahad Datu (7 orang), Sarawak (3 orang) dan Putatan (15 orang).
“Kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di homestay berhampiran serta ada keluarga mangsa yang datang menjemput.
“Keadaan air banjir semakin surut namun terdapat enam buah kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap di kawasan terbabit.
“Operasi terkawal pada jam 7:35 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi,” katanya.