HomeIsu tempatanCubaan seludup keluar minuman keras gagal

Cubaan seludup keluar minuman keras gagal

Read Time:1 Minute, 4 Second

LABUAN : Cubaan menyeludup keluar 1,920 tin minuman keras dari pulau bebas cukai itu gagal selepas berjaya dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), awal pagi tadi.

Minuman keras yang cuba diseludup itu dibawa keluar dengan menggunakan sebuah bot gentian kaca, jam 5.20 pagi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot berkenaan dikesan bergerak keluar dari Labuan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan sekitar 4.4 batu nautika dari Labuan.

Katanya, ketika cuba menghampiri bot berkenaan, juragan terlibat telah bertindak untuk memecut laju menuju ke kawasan paya bakau berhampiran Kampung Balangkasan, Menumbok.

“Setiba di kawasan paya bakau berhampiran, juragan bot bertindak untuk meloloskan diri serta meninggalkan bot bersama muatan minuman keras.

“Pemeriksaan mendapati bahawa bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran serta membawa muatan 1920 tin minuman keras pelbagai jenis tanpa cukai.

“Bot serta muatan disita dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM30,000.Katanya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.

“Justeru itu, komuniti maritim dinasihatkan supaya segera melaporkan sebarang salahlaku jenayah dilaut kepada Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya