HomeUtamaCOVID-19: SOP pengembara luar negara ke Sabah tidak terhad kepada sesebuah negara

COVID-19: SOP pengembara luar negara ke Sabah tidak terhad kepada sesebuah negara

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengurusan pengembara dari luar negara ke negeri Sabah tidak hanya terhad kepada sesebuah negara tertentu sahaja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, SOP itu adalah merujuk kepada semua negara yang menjadi perhatian semasa kerana angka penularan yang tinggi.

“Berhubung dengan SOP pengurusan pengembara dari luar negara yang masuk ke negeri Sabah yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada 4 Januari lalu, SOP tersebut tidak terhad kepada hanya sesebuah negara tertentu sahaja.

“Ianya merujuk kepada semua negara yang menjadi perhatian semasa kerana angka penularan yang tinggi atau yang baharu sahaja membuka pintu negara untuk rakyatnya keluar mengembara ke nagara lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, Kerajaan Negeri juga memantau perkembangan data angka jangkitan dan virulens COVID-19 di negara-negara tersebut.

Katanya, Pejabat Konsulat Negara China di Kota Kinabalu juga telah memberi penjelasan terperinci mengenai keadaan semasa penularan COVID-19 di negara itu pada masa ini.

“Pengubahsuaian terhadap SOP kemasukan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keadaan,” katanya.

Rabu lalu, Sabah memutuskan semua pengembara dari negara China perlu lengkap vaksinasi mengikut kriteria negara asal sebelum memasuki negeri ini berkuatkuasa Ahad ini.

Masidi berkata, perkara itu diputuskan oleh jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu lalu.

“Selain itu semua pengembara dari negara China perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR/RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas,” katanya.

Beliau yang juga jurucakap rasmi COVID-19 negeri Sabah berkata, semua pengembara dari luar juga dikehendaki untuk menjalani saringan suhu semasa ketibaan.

Katanya, pengembara yang dikesan demam akan diminta untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Semasa ketibaan, pengembara yang mempunyai gejala COVID-19 wajib untuk menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya